Surrogate Mother
Arya nekad dengan keputusannya. Kemunculan ayahnya di alam mimpi membuatkan dia sedar diri ibunya lebih bermakna berbanding dirinya sendiri. Arya tahu dia harus berkorban. Biarlah apa yang terjadi selepas ini dia akan hadapinya sendirian asalkan ibunya dapat hidup dengan sihat.
"Assalammualaikum Sarah" ujar Arya apabila panggilan di sambungkan.
"Waalaikumsalam Arya. Kau ok tak ni?" tanya Sarah. Arya berdiam diri seketika mengumpulkan kekuatan untuk berbicara.
"Aku setuju Sarah. Aku setuju untuk mengandungkan anak dia" kata Arya. Arya dapat merasakan kelegaan selepas meluahkan kata – kata dalam fikirannya.
"Aaa.. Appp.. Apa?. Bermakna kau setuju dengan idea aku?" tanya Sarah. Wajah Sarah berubah ceria. Sekurang – kurangnya dia dapat membantu sahabatnya.
"Aku setuju. Cuma aku nak minta dia bayar duit pendahuluan dulu. At least ibu aku boleh buat pembedahan. Ibu aku kritikal Sarah. Kritikal" jelas Arya. Tangisan terbit di bibirnya.
"Kau sabar ya Arya. Jangan risau. Aku akan uruskan semuanya. Insyaallah esok aku bawa dia jumpa dengan kau" kata Sarah. Masa semakin suntuk buat mereka. Ibu Arya harus di bedah dengan kadar
segera.
"Aku bergantung semuanya kat kau Sarah. Aku buat semua ni untuk ibu. Aku nak ibu and Adeeb hidup bahagia" tangis Arya.
"Insyaallah Arya. Aku akan bantu kau. Kau jangan risau. Lelaki tu baik sangat. Insyaallah dia akan jaga kau dengan baik" kata Sarah.
*******************************************************
"Uncle Im" jerit Sarah. Nadim yang sedang menikmati sarapan tersedak dengan jeritan anak buahnya.
"Ni kenapa tak siap pergi sekolah lagi? Dah pukul berapa ni?" tanya Katrina. Pelik apabila Sarah masih belum bersiap untuk ke sekolah. Nadim turut memandang Sarah.
"Hari ini Sarah tak sekolah. Sarah ada projek dengan Uncle Im" kata Sarah dengan bangga. Dia menyedok mee goreng ke dalam pinggannya.
"Projek apa Sarah? Uncle tak tahu pula Uncle ada bagi projek kat Sarah" kata Nadim dengan wajah blurr. Isteri di sebelah turut memandang wajahnya.
"Uncle ini lupa lah tu. Projek dengan Uncle Zayyan" kata Sarah.
"Uhuk.. Uhuk.. Uhuk.." tersedak Nadim di buatnya. Wajah isteri yang merenung dirinya di pandang. Habislah...
"Projek dengan uncle Zayyan? Projek apa Sarah? Kenapa Auntie tak di beritahu pun?" tanya Katrina.
"Auntie Kat tak boleh tahu. Ini projek rahsia antara Sarah, Uncle Im and Uncle Zayyan" terang Sarah dengan wajah ceria. Makin tersedak Nadim di buatnya dengan keterangan Sarah.
"Ouh projek rahsia. Abang! Mind to share it with me?" tanya Katrina. Wajah suaminya di renung tajam.
"Ma.. Ma.. Mana ada sayang. Sarah ni memandai jer projek rahsia. Ala abang ada projek baru dengan Zayyan. Saja nak minta pandangan dari Sarah. Budak – budak muda zaman sekarangkan banyak pendapat. Kan Sarah?" kata Nadim. Sarah menganggukkan kepalanya sambil meneruskan sarapan.
"Betul ni abang tak tipu Kat?" tanya Katrina lagi.
'Aduhh.. Habislah kalau isteri aku dapat tahu. Mati aku di kerjakan. Zayyan kau punya pasal lah ni. Sarah pun sama. Depan Kat juga nak ajak berbincang' bisik Nadim.
"Betul lah sayang. Buat apa abang nak tipu" kata Nadim. Nadim mencapai telefon bimbitnya. Pesanan ringkas di hantar buat Zayyan.
Nadim:
PROJEK ON
"Sarah jom cepat. Uncle Im dah lambat. Nanti kesian lama Uncle Zayyan tunggu kita" ajak Nadim. Makin lama berdepan dengan isteri makin membuatkan dirinya gelisah. Isterinya begitu pandai mencungkil rahsia yang di pegang.
"Ok jom! Pergi dulu auntie Kat" kata Sarah. Pipi Katrina di cium. Tangan Katina di raih bersalaman.
*******************************************************
"Good morning Princess Sarah" kata Zayyan. Gembira hatinya menerima pesanan dari Nadim. Zayyan begitu tidak sabar hinggakan dia sanggup menunggu di café hampir satu jam.
"Morning Uncle Zayyan" balas Sarah. Tubuh badannya di hempas ke
sofa.
"Perangai! Ingat dekat rumah ke?" tegur Nadim. Tergelak Zayyan mendengar bebelan Nadim. Sepupunya kalau dapat membebel, kalah perempuan.
"Ala Uncle Im ini. Sarah penat tau. Dah lah nak tidur dalam kereta uncle tak bagi. Macam tak biasa drive seorang -seorang" protest Sarah.
"Ok stop it! Kalau aku biarkan, sampai esok korang bergaduh. Now straight to the point. Apa maksud whatsapp kau tadi?" tanya Zayyan.
"Kau tanyalah Sarah. Nasib baik Kat tak tahu. Kalau tak mati aku kena sembelih" kata Nadim. Sarah di sebelahnya tergelak.
"Apa salahnya Auntie Kat tahu. Lambat laun dia akan tahu juga kan?" balas Sarah. Penakut juga pak cik dia rupanya. Badan je tegap rupanya takut isteri.
"No.. No.. No.. Buat masa ni Auntie Kat tak boleh tahu. Sarah kena promise dengan Uncle. Kalau Auntie Kat tahu, the game is over. Deal?" ujar Nadim. Jari kelingking diangkat membuat perjanjian.
"Deal!" balas Sarah sambil menyambut jari kelingking Nadim. Demi Arya apapun sanggup Sarah lakukan.
"Wait.. Wait.. Game apa pula ni?" tanya Zayyan.
"Game untuk buat baby Uncle Zayyan lah" balas Sarah. Ketawa terbit dari bibirnya. Nadim tersenyum memandang muka kalut sepupunya.
"So kau orang anggap this is a game?" tanya Zayyan. Bulu matanya di naikkan. Sarah dan Nadim menganggukkan kepala.
"Yes a game. Lagipun kau perlukan dia as a mother to your child. Bukannya wife pun" kata Nadim. Sarah menangguk tanda setuju.
"Betul tu Uncle Zayyan. Cuma satu jer permintaan Sarah. Sarah harap Uncle Zayyan jaga kawan baik Sarah tau. Dia jer kawan yang Sarah ada. Sarah tak nak tengok dia menangis dah" terang Sarah.
"Ok kalau itu yang kau orang nak, aku setuju. Sampai masanya aku akan ceraikan dia" jelas Zayyan.
"So bila uncle boleh jumpa dengan dia. And how old is she?" tanya Zayyan. Soalan sama yang bermain di fikiran Nadim.
"Sebelum tu boleh tak uncle promise dengan Sarah yang uncle tak akan tarik balik cadangan Sarah. Uncle Im pun. Promise?" tanya Sarah.
"Promise!" kata Zayyan dan Nadim serentak. Sarah merenung wajah keduanya.
"Nama dia Arya Marsya Naira. You can call her Ayra" jelas Sarah. 'Sedap juga nama dia' bisik hati Zayyan.
"Before that Sarah terangkan sikit latar belakang keluarga dia" kata Sarah.
"Arya is the eldest. Ibu dia sedang sakit kat hospital. Sebab tu Arya setuju untuk terima cadangan Uncle Zayyan. Ayah Arya dah lama meninggal since Arya masih kecil lagi. Arya ada seorang adik lelaki. Umur dia tiga belas tahun" terang Sarah.
'Tak sangka begitu hebat perjalanan hidup Arya' kata Zayyan. Nadim hanya mendengar. Belum saatnya dia campur tangan.
"Arya harapkan Uncle Zayyan untuk bantu ibu dia buat pembedahan. Kalau dalam masa dua hari pembedahan tidak di jalan kan, ibu Arya akan mati. And because of that, Sarah minta
Uncle Zayyan bayarkan dulu duit pembedahan ibu Arya. Uncle jangan risau. Sarah yakin Arya tak mungkin akan lari" kata Sarah. Zayyan menganggukkan kepalanya tanda setuju.
"And most important, Arya is only fifteen" nada suara Sarah berubah perlahan.
"What?!" jerit Zayyan dan Nadim serentak. Nasib baik saat itu café yang dikunjungi hanya ada mereka bertiga sahaja.
Ulasan
Catat Ulasan