Surrogate Mother

 Bab 2 

Zayyan merenung langit  dari  penthouse miliknya. Sunyi  di  rasakan  apabila bila berada seorang diri di rumah. Alangkah bahagia jika ada  insan yang dapat mengisi kekosongan hatinya. Keindahan bintang di  malam  hari  seolah  – olah  memberi  harapan  baru  buat  Zayyan.  Zayyan terkenangkan perbualannya bersama sepupunya di pejabat  siang tadi. 

"What?!" jerit Nadim. Riak terkejut jelas terpancar di wajahnya. "I need a child but not a wife" kata Zayyan. 

"Kau dah gila ke apa?! Macam mana kau nak ada anak kalau kau tak  kahwin?"  marah  Nadim.  Gila  ke  apa  sepupunya  sorang  ni. Berfikir  macam orang yang tak ada akal. 

"Sekarang  zaman  teknologi  Im.  Macam  – macam  cara  untuk  aku  dapatkan  anak"  ujar  Zayyan.  Nadim  menggelengkan  kepalanya  mendengar bicara Zayyan. 

"Apa kaitan kau nak anak dengan teknologi zaman sekarang?" tanya  Nadim hairan. Pelipis dahinya di picit. 

"Aku  nak  anak  dari  benih  aku.  In  sort  terms  bayi  tabung  uji"  kata  Zayyan. 

"Apa?!" jerit Nadim. Terkejut Zayyan mendengar jeritan Nadim.


"Kau  dah  hilang akal  ke apa? Mana  kau  nak  dapat  bayi  tabung  uji  tu?"  Gila!  Sepupunya  betul  – betul  gila.  Dah  habis  ke  perempuan  kat dunia ni sampai Zayyan terfikir untuk dapatkan bayi tabung uji. 

"Aku  masih  waras  lah  Im.  Aku  tahu  apa  yang  aku  buat.  Kau  tahu  sekarang  ni  zaman  moden.  Tak  susah  nak  upah  perempuan  mengandungkan  anak  aku"  kata  Zayyan.  Dia  sudah  bertekad  ingin  meneruskan impiannya memiliki anak sendiri. 

"Kau  sedar  tak  apa  kau  cakap  ni?  Upah  perempuan  untuk  mengandungkan  anak  kau?  Then  lepas  bersalin  kau  tinggalkan  perempuan  tu? Apa jenis manusia kau  ni?  Kau  dah  pakai  dia  then  kau  buang.  Sanggup  kau  pisahkan  seorang  anak  dari  ibu  dia?"  marah Nadim. Raut wajahnya berubah tegang. 

"Bila masa pulak aku cakap yang aku nak pakai dia? Aku just minta  perempuan  tu mengandungkan  anak  aku.  Tak  de masa  untuk  aku  buat  hubungan  dengan  dia.  Bayi  tabung  uji  Im.  Doktor  just  inject  masuk sperma aku. Tak perlu aku buat benda yang kau mention tu"  balas  Zayyan.  Bengang  pula  dirinya  apabila  Nadim  salah  anggap  akan dirinya. 

"Aku  tahu  lah  proses  dia.  Tapi  kau  kena  ingat  Zayyan.  Kita  kat  Malaysia. Hukumnya haram kalau kau memasukkan sperma kau ke  tubuh  orang  lain  tanpa  ikatan.  Ingat  tu"  kata  Nadim.  Zayyan  terdiam mendengar kata Nadim. Dia hampir terlupa akan peraturan  yang di tetapkan. Zayyan mengeluh perlahan. 

Telefon  bimbit  Zayyan  berbunyi  menghentikan  lamunannya.  Panggilan  daripada  Zayna.  Sudah  lama  dia  tidak  menghubungi  adiknya.  Kesibukkan  masa  bekerja  membataskan  waktunya  di  tambah dengan perbedaan waktu. 

"Assalammualaikum  abang"  sapa  Zayna  saat  Zayyan menyambung  panggilan. 

"Waalaikumsalam.  Adik  abang apa  khabar?  Maaf  lah  lama  abang

tak  call.  Abang  sibuk  sikit"  balas  Zayyan  sebelum  sempat  adiknya  bertanya. 

"Abang  ni  macam  mak  nenek.  Cakap  macam  peluru.  Tak  sempat  adik  nak  jawab.  Adik  alhamdulillah  baik.  Abang  tu  kat  sana  sihat  tak?  Abang  Nadim  dah  tak  de  kat  rumah  tu,  abang  masak  tak?  Makan tak?" Zayyan tergelak mendengar pertanyaan Zayna. Bertubi  – tubi di serang nya. 

"Amboi cakap abang macam mak nenek. Yang dia tu tanya macam - macam  soalan  tak  pula  macam  mak  nenek.  Abang  ok  lah.  Abang  bukan budak kecik lagi. Pandai lah abang jaga diri" ujar Zayyan. 

"Hurm  ya  lah  tu.  Macam  adik  tak  kenal  abang.  Kalau  dah  dapat  kerja  tu  benda  lain  memang  abang  tak  ingat  dah.  Workerholic  sangat!"  balas  Zayna.  Faham  dengan  sikap  abangnya  yang  tidak  endah makan minumnya bila dah sibuk bekerja. Zayyan tersenyum  mendengar bicara adiknya. 

"Adik call abang ni kenapa? Ada apa – apa nak bodek abang?" tanya  Zayyan. 

"Hai, tak kan nak call abang sendiri pun tak boleh kot" perli Zayna.  Tersembur tawa dari mulut Zayyan. 

"Abang  tak  cakap  pun  tak  boleh.  Cuma  pelik  bila  adik  call  abang.  Selalunya  abang  yang  akan  call  adik  dulu"  kata  Zayyan.  Dia  dapat  membayangkan wajah cemberut adiknya di sebalik talian. 

"Abang  ni! Adik  nak  inform  dua  bulan  lagi adik  nak  balik Malaysia dengan Ira. Kita orang nak spend  time holiday kat Malaysia. Boleh  kan?" tanya Zayna. 

"Ishh..  Apa  pulak  tak  boleh.  Abang  lagi  suka.  Nanti  bagi  tahu  bila  flight  abang  ambil  adik  kat  airport"  kata  Zayyan.  Gembira  dengan  berita yang baru di sampaikan oleh adiknya.

"Ok. Lepas confirm dengan daddy nanti adik bagitahu abang. Ok lah  adik  letak  call  dulu.  Mummy  panggil  tu"  kata  Zayna.  Zayyan  tersenyum  selepas  menamatkan  panggilan.  Panggilan  Daddy  and  Mummy  digunakan  mereka  kepada  pak  cik  dan  mak  cik  yang  menjaga mereka sejak kecil. Dua bulan lagi masanya akan di isi oleh  adik – adik kesayangannya. Tak adalah sunyi sangat hidupnya. 

******************************************************* 

"Cik Arya kami perlu melakukan pembedahan dengan segera. Kalau  tidak nyawa ibu Cik Arya akan terancam" kata Doktor Rasyid. 

Tergamam  Arya  mendengarnya.  Adeeb  sudah  jatuh  terduduk.  Begitu berat dugaan yang terpaksa mereka hadapi. 

"Doktor, berikan saya masa. Saya sedang usahakan untuk dapatkan  wang  buat  pembedahan  ibu  saya"  kata  Ayra.  Air  mata  cuba  di  tahan. Dia tidak mahu nampak lemah di mata Adeeb. 

"Kita dah tak banyak masa cik Arya. Paling lama ibu cik Arya boleh  bertahan adalah  tiga hari. Kalau lambat nanti, saya  tak jamin yang  ibu  cik  Arya  mampu  hidup.  Barah  hatinya sudah  merebak"  jelas  Doktor Rasyid. 

"Baiklah doktor. Saya akan usahakan untuk dapatkan wang secepat  mungkin" kata Arya. 

******************************************************* 

Wajah  pucat  ibunya  di  tenung.  Sudah  setahun  ibunya  bertarung  nyawa melawan penyakit yang di hadapi. Hanya pembedahan yang  mampu  memulihkan  penyakit  ibunya.  Arya  sudah  berusaha  memohon  bantuan  dari  sanak  saudaranya.  Malang  tiada  seorang  pun  yang  sudi  membantu  keluarganya.  Arya  terdengar  pintu  wad  ibunya di buka. 

"Arya"  panggil  Sarah,  sahabat  baik  Ayra.  Satu  – satunya  sahabat 


yang  sentiasa  berada  di  sampingnya  tidak  kira  ketika  senang  mahupun susah. 

"Eh  Sarah.  Jemputlah  masuk"  pelawa  Arya.  Tubuh  sahabatnya  di  peluk. Pipi Sarah di cium melepaskan rasa rindu. 

"Kau ok tak ni? Dah seminggu kau tak datang sekolah. Aku risaukan  kau. Hari ni aku minta  tolong pak cik aku hantar aku kat sini" kata  Sarah. 

"Aku  ok  Sarah.  Cuma  aku  risaukan  ibu.  Dah  seminggu  ibu  tak  sedarkan  diri.  Penyakit  ibu  makin  parah  Sarah"  esak  Arya.  Hanya  Sarah  tempat  Arya  mengadu.  Tempat  dia meluahkan  semua  yang  terbuku di hatinya. 

"Sabar  ya  Arya.  Insyaallah  pasti  ada  jalan  penyelesaian  untuk  masalah kau. Nanti aku minta tolong dengan papa aku" kata Sarah.  Bahu Arya di tepuk memberikan semangat. 

"Kau  dah  banyak  tolong  aku.  Lima  puluh  ribu  bukan  sikit  Sarah.  Mana aku nak cari duit. Kau dah banyak sangat tolong aku. Aku tak  nak  susahkan  kau"  kata Arya. Sudah  cukup banyak keluarga Sarah  membantunya. Dia tidak ingin menambah hutang dengan keluarga  Sarah.  Walaupun  mereka  ikhlas,  tapi  diri  Arya  tidak  selesa  kerap  menerima bantuan dari mereka. 

"Kau  sabar  ya.  Aku  akan  usaha  tolong  kau.  Jangan  risau.  Dah  tak  payah sedih – sedih lagi. Ni aku ada bawa nota untuk kau. Tak lama  lagi dah nak exam. Kau kena study ya" pujuk Sarah. Apa pun yang  terjadi,  Arya  harus  meneruskan  persekolahannya.  Arya  pelajar  pintar.  Satu  hari  nanti  pastinya  dia  dapat  mengubah  nasib  keluarganya. 

"Terima  kasih  Sarah.  Kau  lah  sahabat  aku  dunia  akhirat.  Aku  tak  tahu macam mana nak balas budi kau" kata Arya.


"Aku ikhlas  tolong kau. Ok lah aku minta diri dulu. Pak cik aku nak  balik  ke  pejabat.  Bila  free  nanti  aku  datang  lawat  kau  ya"  kata  Sarah.  Tubuh  sahabatnya  di  peluk.  Sarah  tahu  dia  tak  mampu  menanggung  beban  yang  dihadapi  sahabatnya.  Apa  yang  boleh  di  bantu hanyalah menyalurkan kekuatan.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Surrogate Mother

Surrogate Motther