Bab 5 Arya nekad dengan keputusannya. Kemunculan ayahnya di alam mimpi membuatkan dia sedar diri ibunya lebih bermakna berbanding dirinya sendiri. Arya tahu dia harus berkorban. Biarlah apa yang terjadi selepas ini dia akan hadapinya sendirian asalkan ibunya dapat hidup dengan sihat. "Assalammualaikum Sarah" ujar Arya apabila panggilan di sambungkan. "Waalaikumsalam Arya. Kau ok tak ni?" tanya Sarah. Arya berdiam diri seketika mengumpulkan kekuatan untuk berbicara. "Aku setuju Sarah. Aku setuju untuk mengandungkan anak dia" kata Arya. Arya dapat merasakan kelegaan selepas meluahkan kata – kata dalam fikirannya. "Aaa.. Appp.. Apa?. Bermakna kau setuju dengan idea...
Ulasan
Catat Ulasan