surrogate mother

Bab 1 "Maafkan  kami  cik,  selagi  cik  tak  selesaikan  bil  pendahuluan  hospital kami  tak dapat nak jalankan pembedahan ke atas ibu cik"  masih terngia – ngia ucapan Doktor Rasyid di telinga Arya. 
Arya  Marsya  Naira.  Seorang  gadis  berusia  lima  belas  tahun.  Arya  tinggal bersama ibu  serta adiknya. Ayahnya  telah meninggal dunia  ketika dia berusia dua tahun manakala ketika saat itu adiknya masih  lagi  berada  dalam  kandungan.  Sejak  kematian  ayahnya,  ibu  Arya  yang mengambil tugas sebagai ketua keluarga untuk membesarkan  mereka.  Siang  malam  ibunya  bekerja,  membanting  tulang  demi  memberikan kehidupan yang terbaik buat mereka dua beradik. 
Setahun  yang  lalu,  ibunya,  Adiba  Farzala  di  sahkan  mengidap  penyakit  barah  hati. Hancur  hati  Arya  saat  mendengar  berita  tentang  penyakit  ibunya.  Hanya  ibu  tempat  dia  serta  adiknya  bergantung.  Betapa  hebat  dugaan  yang  terpaksa  mereka lalui.  Selepas mengetahui tentang  penyakit  yang  di  hidapi  ibunya,  Arya  mula bekerja. Gaji yang di perolehnya di gunakan untuk keperluan  harian  mereka  manakala  bakinya  di  simpan  untuk  pembedahan  ibunya. 
Arya tidak membenarkan ibunya bekerja sejak mengetahui penyakit  yang di hadapi ibunya. Sebelum ke sekolah Arya akan membungkus  nasi  lemak  untuk  jualan  di  kedai  berhampiran  rumahnya.  Pulang  dari  sekolah,  dia  akan  membantu  Kak  Salmah  yang  menguruskan  sebuah  café  sehingga malam.  Tiada  satu  hari  pun  digunakan  Arya  untuk  berehat.  Masa  yang  ada  digunakan  sepenuhnya  untukmencari duit tambahan demi kesihatan ibunya. 
Adeeb Musytriq Naqib. Satu – satunya adik kepada Arya. Walaupun  usia  masih  muda, Adeeb  tidak  mensia  – siakan  waktu  yang  ada.  Sama  seperti  kakaknya,  Adeeb  menjalankan  perniagaan  kecil,  membasuh  serta menggosok  baju  buat  penduduk  di  kampungnya.  Hasilnya  tidak  seberapa  tapi cukup untuk membantu meringankan  beban yang di tanggung kakaknya. "Kakak" panggil Adeeb. Arya menoleh wajahnya. Senyuman di ukir  buat adiknya.

 

 "Adeeb tahu kakak susah hati. Kakak jangan risau. Adeeb ada duit  simpanan sikit. Nanti kita usaha sama – sama bayar bil ibu ya" kata  Adeeb. Wang  simpanannya  tidaklah  banyak  tapi  boleh membantu  meringankan  sedikit  beban  di  bahu  kakaknya.  Adeeb  sering  menyertai semua  aktiviti  yang  di  anjur  pihak  sekolah  tidak  kira  di  dalam mahupun luar. Tujuannya hanya untuk mengumpulkan wang  bagi membantu kakak serta ibunya. Dengan kecerdikan akal fikiran  yang  di  kurniakan  kepada  dirinya,  Adeeb  memenangi  hampir  kesemua penyertaan yang di sertainya. "Mana kita nak cari duit deeb. Lima puluh ribu bukan sikit. Setahun  pun belum  tentu kita dapat kumpul duit sebanyak itu" keluh Arya.  Wang pembedahan yang diperlukan ibunya  sangat besar.

 

Itu  tidak  termasuk  rawatan  susulan.  Pastinya  memerlukan  wang  yang  banyak juga. "Insyaallah  kak.  Kita  sama – sama  berusaha.

 

Pasti  ada  jalan  untuk  kita.  Allah  itukan  ada"  Adeeb memberikan  kata  – kata  semangat.  Tangannya  memeluk  bahu  kakaknya,  menyalurkan  kekuatan  buat  sang kakak. "Cik  Arya"  panggil  jururawat.  Wajah  yang  di  pamerkan  sungguh  cemas membuatkan Arya dan Adeeb gementar.

 

 
*******************************************************Zayyan Adha. Seorang arkitek muda yang terkenal. Baru berusia dua  puluh tiga tahun, Zayyan sudah mempunyai syarikat pembinaannya  sendiri. Sebut sahaja nama Zayyan pastinya dirinya di kenali dalam  kalangan  para  pengusaha  perniagaan.  Siapa  tak  kenal  Zayyan,  seorang  lelaki  muda  yang  sangat  berwibawa,  berpewatakan  menarik  serta  memiliki  wajah  yang  sangat  di  idamkan  para  gadis.  Malangnya  Zayyan  bukan  jenis  manusia  yang  suka  bersosial.  Hidupnya  banyak  di  habiskan  dengan  membangunkan  perniagaannya lebih  – lebih  lagi  setelah  kematian  kedua  ibu  bapanya. 
Kedua  ibu  bapa  Zayyan  meninggal  dunia  ketika  usianya  sepuluh  tahun  akibat  kemalangan  jalan  raya.  Bertapa  hancurnya  hidup  Zayyan  ketika  itu  tapi  Allah  masih  menyayanginya.  Mereka  mengambil kedua ibu bapanya tapi memberinya sinaran hidup baru  bersama adiknya, Zayna Aranabella. Zayyan dan Zayna di besarkan  oleh adik lelaki ibunya, Adam Mukriz. 
Lima  tahun  yang  lalu,  Adam  di  hantar  bekerja  ke  China.  Zayna  di  bawa tinggal bersamanya. Ketika itu, Zayyan berada di tahun akhir  pengajiannya  di  salah  sebuah  universiti  terkemuka  di  Itali.  Tamat  sahaja  pengajian  Zayyan  pulang  ke  tanah  air.  Dia membuka  syarikat pembinaan bersama sepupunya, Nadim Raziq. Hasil penat  lelah mereka selama empat tahun akhirnya terbalas apabila mereka  di  kurniakan  pengiktirafan  sebagai  usahawan  paling  muda  yang  sangat berjaya. 
Zayyan  merasakan  hidupnya  sunyi  lebih  – lebih  lagi  selepas  sepupunya  Nadim  Raziq  berkahwin.  Tamat  sahaja  waktu  bekerja  hidupnya  terasa  kosong.  Zayyan  sangat  sayangkan  anak  kecil.  Dia  ingin  berkongsi  apa  yang  di  miliki  bersama  anaknya.  Zuriat  kandungnya.  Zayyan  pernah  mengemukakan  permohonan  untuk  mengambil  anak  angkat. Malangnya  permohonannya  di  tolak  atas  sebab statusnya yang masih bujang.
Tidak  pernah  terlintas  di  fikiran  Zayyan  untuk  berkahwin.  Hatinya  sudah tertutup saat dia mengetahui teman wanitanya mengkhianati  dirinya.  Teman  wanitanya  di  sahkan  hamil  di  hari  perkahwinan  mereka.  Zayyan  merasa  tertipu. Dirinya  di  pergunakan  hanya  kerana dia insan yang lemah. Sejak saat itu, Zayyan mula membenci  wanita  yang  ingin  dekatnya.  Dia  boleh  terima  jika  atas  urusan  pekerjaan  tapi  kalau  urusan  peribadi  saat  itu  juga  Zayyan  akan  menamatkan persahabatan mereka. 
Tok.. Tok.. Tok.. 
"Masuk"  arah  Zayyan.  Lamunannya  terhenti  apabila  pintu  pejabatnya di ketuk. 
"Hello bro. Kau tak ingat nak makan ke? Dah pukul berapa ni" kata  Nadim. Wajah  serius  sepupunya  di  tenung. Sepupunya  seorang ini  kalau dah bekerja memang tak ingat dunia. 
"Apa hello.. Hello.. Ingat sikit kita ni orang Islam. Cubalah beri salam  sikit"  rengus  Zayyan.  Geram  melanda  dirinya  apabila  sepupunya  tidak mempedulikan tuntutan salam dalam Islam. 
"Ops sorry.. Assalammualaikum Encik Zayyan Adha. Hamba datang  ke  sini  nak  ajak  tuanku  keluar  makan  tengah  hari.  Boleh?"  tersembur gelak dari bibir Zayyan. Nadim sepupu yang paling rapat  dengannya.  Mereka  membesar  bersama - sama membuatkan  hubungan  mereka  akrab  seolah  – olah  saudara  kandung.  Usia  mereka  yang  sama  membuatkan  fikiran  mereka  serasi  hinggalah  tertubuhnya AN Architecture and Design. 
"Aku  tak  de  mood  lah  nak  keluar.  Plus  banyak  kerja.  Kau  tak  nampak  ni?"  tanya  Zayyan. Tangannya  di  tunjuk  ke  arah  file – file  yang bertaburan di atas mejanya. 
"Busy  lah  sangat.  Sebelum aku masuk  tadi,  boleh  pula aku  tengok  orang  tu  mengelamun  sakan"  kata  Nadim.  Zayyan  mengeluh.  Sepupunya sangat pintar membaca mindanya.
"Kau  ni  kenapa  Zayyan.  Nak  kata  ada  masalah,  so  far  aku  rasa  projek  kita  semuanya  tak  ada masalah. Masalah  dengan  girlfriend  confirm – confirm lah kau tak ada girlfriend. Cuba kau cerita dengan  aku  apa  masalah  kau"  kata  Nadim.  Wajahnya  memandang  wajah  Zayyan. Terpancar riak serabut di wajah Zayyan. 
"Susah aku nak explain. Kalau aku cakap pun kau mesti  tak agree"  kata Zayyan. Fikirannya bercelaru. 
"Kau  tak  cerita  macam  mana  kau  nak  tahu  aku  agree  ke  tak?  So  what's  up  bro..  Aku  tahu  benda  dalam  fikiran  kau  tu  berat.  Aku  bukannya baru kenal dengan kau" kata Nadim. 
"Aku  nak  anak"  tersembur  tawa  dari  mulut  Nadim  mendengar  bicara sepupunya. Ingatkan masalah besar apa lah yang melanda. 
"Hahahha...  hahahaha..  Kau  ni  pecah  perut  aku  di  buatnya.  Nak  anak je  pun.  Apa masalahnya. Nak anak  kahwin  lah. Nak  kata  kau  tak  de  duit, aku  rasa  bini kau  nanti  cuci kaki je. Semua  benda kau  dah  ada"  ujar  Nadim.  Apa  yang  di  risau  Zayyan.  Hampir  semua  di  milikinya. Dari kerjaya, rumah, kereta. Pendek kata insan yang bakal  menjadi  permaisuri  di  hati  sepupunya  bakal  hidup  senang.  Tidak  perlu risau akan kesempitan hidup. 
"Itu  yang  jadi  masalah.  Aku  memang  nak  anak.  Tapi  aku  tak  nak  kahwin" kata Zayyan selepas Nadim menghentikan tawanya. 
"Oh What???!" jerit Nadim

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Surrogate Mother

Surrogate Motther

Surrogate Mother