Surrogate Mother
"No! She's underage. Crazy! All this is crazy" bentak Nadim. Zayyan hanya mendiamkan diri. Agak terkejut dengan kenyataan yang baru keluar dari mulut Sarah. Tak di sangka gadis berusia lima belas tahun sudi mengandungkan anaknya demi kesihatan ibunya.
"Kau jangan nak buat kerja gila Zayyan. Budak bawah umur tu. Tak kan kau sampai hati nak rosakkan masa depan dia" bantah Nadim. Kemarahan meluap – luap dalam dirinya. Idea anak buahnya benar – benar keterlaluan.
"Uncle Im! You already promise just now! Uncle tak akan tolak idea Sarah" marah Sarah. Bengang apabila permintaannya sebentar tadi di tolak.
"Before I know you friend age, uncle agree. But now! She only fifteen Sarah! Fifteen! Sebaya Sarah lagi. Apa yang dia tahu?" marah Nadim.
"Uncle, she know everything. Dia dah biasa hidup susah. Dia tahu macam mana nak jaga diri dia" protest Sarah.
"Hidup susah dengan mengandung lain Sarah! Sarah nak ke dia hancurkan masa depan dia. Lagi pula dia masih muda lagi Sarah. Jauh lagi perjalanan hidup dia" terang Nadim. Nadim menjeling ke arah Zayyan. Sedari tadi Zayyan hanya mendiamkan diri. Sarah terdiam mendengar bicara Nadim. Sanggup ke dia menghancurkan impian Arya. Dia tahu impian Arya ingin menjadi seorang doktor.
Cadangan yang di utarakan benar – benar keterlaluan. Dia tak fikirkan masa depan sahabatnya.
"Tapi... Arya perlukan duit uncle. Ibu dia dalam keadaan kritikal sekarang. Kalau ibu Arya tak di bedah, ibu dia boleh mati" tangis Sarah. Sedih memikirkan kehidupan sahabatnya yang hanya memiliki seorang ibu untuk bergantung harap. Nadim terdiam. Bukan dia tidak mampu untuk membantu Arya. Tapi Sarah pernah memberitahunya Arya menolak bantuan dari mereka.
"Uncle terima" kata Zayyan perlahan setelah lama dia berdiam diri. Dia sudah berfikir semasak – masaknya. Arya sudi mengandungkan anaknya jadi tak ada masalah untuk dia membantu keluarga Arya. Lagi pulak, dia mempunyai rancangan tersendiri.
Tangisan Sarah berhenti apabila mendengar bicara Zayyan. Terbit senyuman di bibirnya. Sinar baru buat sahabatnya.
"Kau dah gila Zayyan! Dia tu budak bawah umur!" kata Nadim. Tak guna dia membentak. Bukannya dapat menyelesaikan masalah. Menambah masalah lagi adalah.
"Aku dah fikir masak – masak Im. Aku tau dia bawah umur. Aku juga tahu mestinya susah untuk aku kahwin dengan dia. Tapi aku terima sebab dia sudi mengandungkan anak aku. Kau sendiri yang cakap all this is a game. Aku anggap in cabaran untuk permainan aku. Tapi
most important, I accept her because of her heart. Niat murni dia nak bantu ibu dia. Aku boleh jamin yang anak aku nanti akan ikut hati dia yang murni. At least aku tahu yang dia dari keturunan yang baik - baik" terang Zayyan.
"Tapi....." bantah Nadim.
"Aku tahu apa kau fikir. Kau jangan risau. Aku ada rancangan aku sendiri. Aku akan tanggung dia sampai dia habis belajar. Soal cerai, aku akan tolak ke tepi dulu. Aku tak akan korbankan masa depan dia yang telah dia korbankan untuk mengandungkan anak aku. And
most important, aku tak kan sentuh dia. Macam yang kau tahu, aku hanya kan perlukan dia sebagai ibu tumpangan. More and that its none" panjang lebar Zayyan menerangkan.
"Terima kasih uncle. Terima kasih sebab sudi tolong Arya" kata Sarah. Air matanya menitis. Nadim tidak tahu ingin berkata apa. Sepupunya sudah nekad. Sekarang bukan masa yang sesuai untuk berbincang.
"Uncle nak jumpa dengan Arya" kata Zayyan setelah lama berdiam.
"Baiklah. Sarah call Arya sekejap" kata Sarah. Sarah berlalu menghubungi sahabatnya.
Nadim merenung tajam wajah Zayyan. Dia benar – benar tidak setuju dengan keputusan yang diambil Zayyan. Walaupun Zayyan telah membuat perancangan lengkap, namun dia masih belum yakin dengan kemampuan Arya mahupun Zayyan. Dia sangat mengenali peribadi Zayyan yang anti kepada perempuan. Andai kata kedua – duanya bersatu pastu masalah besar bakal berlaku.
"Aku tahu kau tak setuju. Aku cuma harapkan kau sokong aku" kata Zayyan sambil menepuk bahu sepupunya.
"Memang aku tak setuju. Budak tu masih muda lagi. Sanggup kau hancurkan masa depan dia" kata Nadim.
"Kau tak perlu risau Im. Aku tak kan sentuh dia. Aku bukannya lelaki yang gila sex. Lagi pula aku dah buat kajian. Perawan dia tak akan tercalar. Sebab bukan cara tu yang buatkan dia hamil" terang Zayyan. Nadim tidak menyangka sampai ke tahap itu Zayyan membuat penyelidikan. Dia kagum dengan semangat Zayyan.
"Baiklah. Aku pegang janji kau. Aku setuju" kata Nadim. *******************************************************
Arya termenung menunggu kehadiran lelaki yang bakal menjadi suaminya. Sebentar tadi Sarah menelefonnya memberitahu lelaki itu ingin berjumpa dengannya. Dia sebenarnya masih takut tapi memikirkan kondisi ibunya yang semakin memburuk dia kembali kuat.
Sarah menepuk bahu kawannya. Sedari tadi dia melihat sahabatnya sedang mengelamun. Pastinya kondisi ibu Arya semakin teruk.
"Eh Sarah, bila kau sampai?" tanya Arya. Tangan sahabatnya di raih.
"Jom ikut aku. Bakal suami kau nak jumpa" kata Sarah sambil tergelak. Sengaja menimbulkan suasana ceria buat Arya. Arya hanya mendengar senda tawa sahabatnya. Tiada niat untuk membalas. Arya mengikut Sarah menuju ke kereta mewah di hadapannya. Sarah membuka pintu menyuruh dirinya untuk masuk.
"Arya, ini aku kenalkan. Yang ni pak cik aku. Kau boleh panggil dia Uncle Im. And ni Uncle Zayyan aka bakal ayah kepada anak kau" kata Sarah.
Dug..
Entah kenapa hati Arya berdebar mendengar bicara Sarah. Wajah Zayyan di renung lama.
'Handsome juga mamat ni rupanya' bisik Arya.
'Cantik rupanya. Secantik namanya' kata Zayyan.
"Zayyan kau tunggu apa lagi. Jom lah" sergah Nadim. Sejak Arya masuk ke dalam kereta, dia dapat melihat Zayyan begitu leka memandang wajah Arya.
Zayyan memandu keretanya ke Taman Tasik Perdana. Dia ingin mencari privasi berbincang dengan Arya. Nadim dan Sarah di heret bersama untuk mengelakkan fitnah.
"Arya" panggil Zayyan. Arya memandang wajah Zayyan. Hatinya berdebar – debar.
"Abang tak tahu nak bahasakan apa buat diri abang. Arya sendiri tahu kan beza umur kita tujuh tahun. Nak panggil saya awak pun rasanya tak manis apatah lagi kau aku. Arya tak kisahkan kalau abang bahasakan diri abang, abang. Kalau Arya tak selesa Arya boleh panggil Abang Zayyan. Arya anggaplah abang macam abang kandung Arya" jelas Zayyan. Arya mengangguk – anggukkan kepalanya tanda setuju.
"Arya tak kisah Abang Zayyan. Lagi pun abang lebih tua dari Arya. Panggilan abang itu tanda Arya hormat kat abang" kata Arya sambil mengukir senyuman terpaksa. Zayyan terpaku dengan ketulusan hati Arya. Tak sangka gadis setulus Arya benar – benar menghormati dirinya.
"Abang nak tanya Arya. Arya sudi jadi isteri abang? Mengandungkan anak abang?" tanya Zayyan straight to the point.
"Arya setuju abang" kata Arya. Hakikatnya dia masih takut. Masih belum sedia memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri apatah lagi sebagai seorang ibu.
"Hurm.. Arya tahukan syarat abang?" tanya Zayyan lagi.
"Arya tahu abang. Cuma Arya masih belum faham prosedur dia. Arya tak sempat nak cari maklumat tentang bayi tabung uji" polos Arya menerangkan.
"Arya tak perlu risau. Abang akan bantu Arya. Cuma abang ada syarat tambahan buat Arya" terang Zayyan. Nadim dan Sarah memandang tepat ke wajah Zayyan. Sedari tadi mereka hanya membiarkan Zayyan dan Arya berbicara.
"Apa dia abang? Insyaallah kalau diberikan peluang Arya akan
tunaikan" kata Arya.
"Abang tak akan ceraikan Arya seperti yang Sarah pernah cakap kat Arya. Abang akan tanggung semua perbelanjaan Arya termasuk pendidikan Arya hingga Arya berjaya. Soal ibu dan Adeeb, Arya tak perlu risau. Sebagai mana abang jaga Arya macam tu juga abang akan jaga ibu dan Adeeb. Lagipun ibu dan Adeeb akan menjadi tanggungjawab abang selepas kita berkahwin. Kalau Arya tanya bila abang akan lepaskan Arya, abang tak boleh bagitahu. Abang hanya akan lepaskan Arya bila abang betul – betul yakin Arya boleh hidup sendiri. Apapun semuanya abang serahkan pada takdir" terang Zayyan. Arya hanya berdiam diri mencerna kata – kata Zayyan. Nadim terkejut dengan kenyataan yang terbit dari mulut Zayyan begitu juga dengan Sarah.
"Kau dah fikirkan masak – masak ke Zayyan?" tanya Nadim. Dia hairan dengan kenyataan yang keluar dari mulut Zayyan. Tidak seperti apa yang mereka bincangkan.
"Aku dah fikir masak – masak. Ini jalan yang terbaik. Aku tak nak masa depan Arya hancur sebab dia mengandungkan anak aku. Arya berhak untuk berjaya. Jadi tak salah untuk aku bantu dia dan keluarga dia. Lagipun aku mampu" jelas Zayyan. Nadim mengangguk tanda setuju. Dia bangga Zayyan dapat berfikir hingga ke situ walaupun idea Zayyan sangat tidak berasas.
"Arya, kau macam mana? Setuju dengan cadangan uncle Zayyan?" tanya Sarah.
"Aku setuju" kata Arya. Dia sudah memikirkan semasak – masaknya. Dia harus berkorban demi kesihatan ibunya. Sekarang dia harus berfikir bagaimana ingin memberitahu ibu serta adiknya.
Ulasan
Catat Ulasan