Surrogate Motther
Nadim memandang sepupunya yang sibuk bekerja di sebalik cermin ruang kerja Zayyan. Tidak di nafikan sejak dia berumah tangga masa yang di luangkan bersama Zayyan semakin berkurangan. Berjumpa hanya di pejabat. Tidak seperti waktu dirinya masih bujang. Banyak masa di luangkan bersama sepupu tersayang. Pelbagai aktiviti di lakukan bersama. Boleh di katakan hampir dua puluh empat jam dia sentiasa berada di sisi Zayyan.
"Sarah, duduk sini ya. Uncle Im ada kerja sikit. Kejap lagi Uncle Im hantar Sarah balik" arah Nadim. Ada perkara yang harus di bincangkan dengan Zayyan. Semalaman dia tidak dapat tidur di sebabkan idea gila Zayyan. Sarah menganggukkan kepalanya. Nadim mengetuk pintu bilik Zayyan.
"Masuk" arah Zayyan. Matanya masih menatap komputer riba di hadapannya.
"Kau busy ke?" tanya Nadim. Pintu bilik Zayyan ditutup.
"Eh Im. Tak lah. Aku tengah semak projek kita kat Damansara. Aku ingatkan kau dah balik. Tadi setiausaha kau cakap kau half day" kata Zayyan. Tadi dia ingin mengajak Nadim makan tengah hari. Setiausaha Nadim memberitahu Nadim cuti setengah hari.
"Aku ada hal. Anak buah Kat tak de orang nak ambil. Parents dia ke luar negara" jelas Nadim.
© farasyazana 13
"Oh. So kau jadi babysitter lah ni" balas Zayyan sambil tergelak. Tangannya masih menyelak dokumen – dokumen di hadapannya. Nadim hanya membiarkan dirinya di ketawa.
"Kau serius dengan apa yang kau cakap kat aku?" tanya Nadim. Zayyan menghentikan pekerjaannya. Wajah Nadim di pandang.
"Kalau aku cakap aku serius?" tanya Zayyan. Keluhan terbit dari bibir Nadim. Susah buat dirinya untuk mengubah fikiran Zayyan. Dia tahu apabila Zayyan sudah membuat keputusan sukar untuk mengubah pendirian dalam dirinya.
"Aku harap kau fikir semua ni semasak – masaknya. Aku dah anggap kau macam adik aku sendiri. Aku tak nak kau buat silap" ujar Nadim. Semalaman dirinya tidak dapat melelapkan mata. Dia harus mendapatkan kata putus dari Zayyan.
"Aku serius Im. In fact aku dah siap buat plan" kata Zayyan. Terukir senyuman di bibirnya.
"Apa plan kau?" tanya Nadim. Begitu pantas sepupunya bertindak. Padahal baru semalam mereka berbincang.
"Aku akan upah orang untuk mengandungkan anak aku. Kau jangan risau. Aku akan kahwin dulu dengan perempuan tu sebelum proses bayi tabung uji dijalankan. Aku akan bayar perempuan tu seratus ribu ringgit kalau dia berjaya mengandung serta melahirkan anak aku. Lepas dia lahirkan anak aku, aku akan lepaskan dia. Dia tak berhak ke atas anak itu" terang Zayyan. Nadim terkedu mendengar perancangan Zayyan. Sejauh itu Zayyan bertindak.
"Kau tak sedih ke pisahkan bayi tu dengan ibu kandung dia? Budak tu kecik lagi. Kau kena ingat Zayyan, bayi masa kecil lah kita kena jaga since dia lahir. Kalau kita tak jaga dengan betul kesihatan dia, aku takut nanti budak tu jatuh sakit" kata Nadim. Nadim terpaksa menyokong tindakan sepupunya. Kalau bukan dia, siapa lagi. Sepupunya perlukan seseorang di belakang setiap keputusannya.
© farasyazana 14
"Hurm.. Betul juga cakap kau. Then aku ubah sikit perjanjian aku. Aku akan ceraikan dia bila waktunya tiba. Sampai aku yakin anak aku boleh hidup tanpa dia" kata Zayyan.
"Ikut kau lah Zayyan. Aku sokong kau. Asalkan kau kahwin dengan perempuan tu. Aku tak nak anak kau nanti tak sah tarafnya. So now kau kena cari perempuan yang sudi mengandungkan anak kau. Yang penting boleh terima semua idea bodoh kau" kata Nadim.
"Itu tak jadi masalah. Duit Im. Mana – mana perempuan pun nak" kata Zayyan.
"Masalahnya kau nak ke anak kau dari baka yang tak elok?" marah Nadim. Geram dengan perangai Zayyan yang ambil tidak kisah semua perkara.
"Betul juga kan. Aku nak anak aku dari baka yang baik. Masalahnya ada ke perempuan yang nak terima idea aku?" tanya Zayyan. Nadim menjungkilkan bahunya.
"Sarah ada calon" kata Sarah tiba – tiba. Sejak tadi dia mendengar perbualan pak ciknya dengan rakan kerja tanpa sengaja. Bila dia mendengar tawaran yang di kemukakan oleh Zayyan dia semakin berminat. Nadim terkejut mendengar kata – kata yang keluar dari mulut Sarah.
*******************************************************
"No. Uncle Im tak benarkan" kata Nadim. Tak kan dia membiarkan anak buahnya menerima cadangan gila Zayyan.
"Hish Uncle Im ni. Sarah cuma cakap yang Sarah dah ada calon. Bukannya Sarah cakap Sarah calon dia" kata Sarah. Tergelak Zayyan mendengar bicara Sarah.
"Opss lupa pulak nak kenalkan diri. Nama saya Sarah Asyiqin. Anak
© farasyazana 15
buah kepada pak cik saya yang blurr Nadim Raziq. Hye Uncle" pecah tawa Zayyan mendengarnya. Tak sangka Katrina, isteri Nadim memiliki anak buah yang pandai berjenaka.
"Hye Sarah. Nama uncle Zayyan. Sarah boleh panggil Uncle Zayyan. Uncle ni sepupu pak cik Sarah yang blurr" makin riuh ruangan Zayyan dengan gelak tawa kedua – duanya.
"Ha.. Gelak.. Gelak.. Sukalah tu dapat sakat aku" kata Nadim. Mukanya menarik muncung panjang. Makin sakan keduanya mengetawakan dirinya.
"So Sarah kata ada calon. Siapa?" tanya Nadim. Kalau tak di hentikan pastinya kedua - duanya akan mengetawakan dirinya hingga keesokkan hari.
"Ok.. But first.. Sarah nak tambah syarat" kata Sarah. Zayyan dan Nadim memandang tepat wajah Sarah.
"Apa syaratnya?" tanya Zayyan. Sarah tersenyum memandang keduanya.
******************************************************
Adeeb memerhatikan kakaknya yang sedang leka mengulangkaji pelajaran. Sudah seminggu kakaknya tidak bersekolah demi menjaga ibunya. Pekerjaannya juga tidak dapat di teruskan. Ibunya memerlukan penjagaan rapi dari mereka berdua. Adeeb ingin sekali sentiasa berada di samping ibunya malangnya Arya tidak membenarkan. Hanya waktu petang dia di benarkan membantu Arya menjaga ibunya.
"Kakak" panggil Adeeb. Bahu kakaknya di sentuh.
"Kakak baliklah biar Adeeb yang jaga ibu. Kakak dah seminggu tak sekolah" ujar Adeeb.
© farasyazana 16
"Kakak ok Deeb. Tak payah risau. Adeeb tu belajar rajin – rajin jangan hancurkan harapan ibu" nasihat Arya. Arya telah memutuskan untuk berhenti sekolah. Dia ingin fokus menjaga ibunya.
"Kakak tu nasihat Adeeb je. Kakak tak nak ke pergi sekolah? Cikgu – cikgu semua dah sibuk tanya pasal kakak" kata Adeeb. Setiap hari guru kelas Arya akan bertanya kepadanya keadaan Arya. Mereka tidak ingin Arya ketinggalan dalam pelajaran.
"Kakak dah fikir Adeeb. Kakak nak berhenti belajar. Lagipun kita perlukan wang yang banyak untuk kos rawatan ibu" kata Arya.
"Tapi kak.. Ibu mesti tak setuju" kata Adeeb. Ibu mereka sangat mementingkan pendidikan di kalangan mereka berdua.
"Ibu mesti faham. Nanti kakak jelaskan kat ibu" kata Arya. Rambut adiknya di usap.
"Tapi.." Kata Adeeb.
"Dah tak de tapi – tapi lagi. Kakak nak Adeeb belajar rajin – rajin. Cuma Adeeb je lah harapan ibu" kata Arya.
"Kalau itu kata kakak, baiklah. Tapi Adeeb tetap akan membantu kakak. Kakak jangan risau ya. Adeeb janji, Adeeb akan belajar rajin – rajin. Adeeb nak ubah nasib keluarga kita" janji Adeeb. Tubuh Arya di peluk. Hanya mereka sahaja yang tinggal sekarang. Keluarga ibunya telah memulaukan mereka manakala keluarga ayahnya tidak seorang pun yang di kenali. Ayah Ayra tidak pernah menceritakan tentang keluarganya.
Ulasan
Catat Ulasan